Terma Perkhidmatan — Corallium Business

Berkuat kuasa: 22 November 2026

Penjual: Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433)

Alamat: Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah

Hubungi: contact@corallium.my

Terma ini mengawal penggunaan Corallium Business, iaitu aplikasi Windows, aplikasi Android dan versi pelayar di www.corallium.my/business/app, serta pembelian kod lesen di www.corallium.my/business/langgan. Dengan memasang atau menggunakan aplikasi, atau membeli kod lesen, anda bersetuju dengan terma ini.

Produk Corallium yang lain, seperti Corallium Flow, mempunyai terma sendiri. Terma ini terpakai kepada Corallium Business sahaja.

1. Apa itu Corallium Business

Corallium Business ialah aplikasi rekod perniagaan: jualan, belian, stok, bayaran, invois dan laporan. Ia berjalan pada peranti anda sendiri dan menyimpan rekod pada peranti itu.

Ia alat rekod, bukan nasihat perakaunan, cukai atau undang-undang. Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan rekod anda dan terhadap dokumen yang anda keluarkan daripadanya, termasuk maklumat e-Invois yang anda hantar sendiri ke LHDN.

2. Percubaan, pelan dan harga

  • Setiap pemasangan baharu mendapat percubaan penuh 30 hari, tanpa akaun dan tanpa butiran bayaran
  • Selepas percubaan, aplikasi kekal percuma bagi satu usaha
  • Pelan Emas dan Platinum dijual secara prabayar bagi 1, 3, 6 atau 12 bulan, pada harga di bawah
  • Harga dalam Ringgit Malaysia. Jumlah yang dipaparkan pada butang bayar ialah jumlah yang dicaj
PelanUsaha1 bulan3 bulan6 bulan12 bulan
Percuma1RM 0
Emas5RM 32RM 91RM 172RM 319
Platinumtanpa hadRM 49RM 139RM 264RM 489

Kami boleh menukar harga dari semasa ke semasa. Perubahan harga tidak menjejaskan kod yang sudah dibeli.

3. Membeli kod lesen

  • Pembelian tidak memerlukan akaun. Anda memilih pelan dan tempoh, menaip nama usaha dan alamat e-mel, kemudian membayar di halaman bayaran Billplz
  • Bayaran diproses oleh Billplz. Cara bayar yang ditawarkan, seperti perbankan internet FPX, ditentukan pada halaman Billplz. Kami tidak menerima atau menyimpan butiran bank atau kad anda
  • Tiada pembaharuan automatik dan tiada caj automatik. Langganan tamat pada tarikh tamat kod kecuali anda membeli tempoh baharu
  • Selepas Billplz mengesahkan bayaran, kod pengaktifan dipaparkan pada halaman selesai dan dihantar ke e-mel anda. E-mel itu juga pengesahan bayaran anda: jumlah, tarikh bayaran dan rujukan bil Billplz
  • Kod terikat pada nama usaha yang anda taip. Nama dibandingkan tanpa huruf besar, ruang dan tanda baca, dan mesti sama dengan nama usaha pertama dalam aplikasi anda. Semak ejaannya sebelum membayar
  • Satu kod boleh dipakai pada beberapa peranti bagi usaha bernama sama: komputer Windows, telefon Android dan pelayar
  • Kod daripada halaman bayaran memerlukan Corallium Business versi 2.17.1 atau lebih baharu
  • Simpan e-mel kod anda. Kod itu diperlukan semula selepas memasang semula aplikasi atau pada peranti baharu. Sesiapa yang memegang kod dan nama usaha anda boleh memakainya

4. Tarikh tamat, ihsan dan pembaharuan

  • Selepas kod tamat, ada 14 hari ihsan: ciri berbayar masih dibuka
  • Bila anda memperbaharui pelan yang sama bagi nama usaha yang sama dengan kod semasa yang sah, dan kod itu belum tamat lebih 14 hari, tempoh baharu disambung dari tarikh tamat kod semasa. Selain itu tempoh baharu bermula pada hari bayaran
  • Baki satu pelan tidak ditukar kepada pelan lain. Contohnya, baki Emas tidak menjadi hari Platinum
  • Selepas tempoh ihsan, ciri berbayar dikunci. Tiada rekod dipadam bila langganan tamat

5. Rekod dan salinan awan

  • Rekod anda disimpan pada peranti anda, bukan pada pelayan kami. Anda bertanggungjawab membuat backup dan menyimpannya di luar peranti itu
  • Versi pelayar dan aplikasi Android menyimpan rekod dalam simpanan pelayar bagi corallium.my. Memadam data laman itu memadam rekod anda
  • Ruang kerja awan ialah pilihan untuk berkongsi data antara beberapa peranti. Salinan disulitkan pada peranti anda sebelum dihantar, dan kata kunci awan tidak disimpan oleh kami. Jika kata kunci itu hilang, salinan awan tidak boleh dibaca oleh sesiapa, termasuk kami
  • Ruang kerja awan ialah penyegerakan, bukan backup terjamin. Pelayan menyimpan tiga salinan terakhir sahaja, dan ia boleh berhenti menerima salinan baharu buat sementara bila had simpanan pelayan dicapai
  • Butiran lanjut tentang data ada dalam Dasar Privasi Corallium Business di www.corallium.my/business/privasi

6. Kemas kini aplikasi

Aplikasi menerima versi baharu sendiri bila ada internet. Kami boleh menambah, mengubah atau membuang ciri. Buat backup dari semasa ke semasa.

7. Penggunaan yang tidak dibenarkan

  • Mengubah aplikasi untuk memintas semakan kod lesen atau had pelan
  • Menjual semula atau mengedarkan kod lesen kepada usaha lain
  • Menghantar pesanan palsu atau permintaan berulang untuk mengganggu halaman bayaran atau ruang kerja awan
  • Menggunakan aplikasi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang

8. Batasan tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan undang-undang, Corallium Tech tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, kehilangan data, atau kerugian tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan Corallium Business.

Corallium Business disediakan atas dasar sedia ada. Kami tidak menjamin ia bebas ralat atau sesuai untuk mana-mana tujuan tertentu perniagaan anda. Terma ini tidak mengurangkan hak yang diberikan kepada anda oleh undang-undang pengguna Malaysia yang tidak boleh dikecualikan.

9. Bayaran balik

Bayaran balik kod lesen diterangkan dalam Dasar Bayaran Balik Corallium Business di www.corallium.my/business/bayar-balik. Ringkasnya: bayaran balik penuh jika diminta dalam 7 hari dari tarikh bayaran dan kod belum diaktifkan pada mana-mana peranti.

10. Perubahan kepada terma ini

Kami boleh mengemas kini terma ini apabila produk berubah. Tarikh kuat kuasa di bahagian atas menunjukkan versi semasa. Perubahan tidak memendekkan tempoh kod yang sudah dibeli.

Meneruskan penggunaan Corallium Business selepas perubahan berkuat kuasa bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.

11. Hubungi kami

contact@corallium.my

Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433) · Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah