Dasar Bayaran Balik — Corallium Business
Berkuat kuasa: 22 November 2026
Penjual: Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433)
Alamat: Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah
Hubungi: contact@corallium.my
Dasar ini terpakai kepada kod lesen Corallium Business (pelan Emas dan Platinum) yang dibeli di www.corallium.my/business/langgan dan dibayar melalui Billplz.
Setiap pemasangan baharu membuka semua ciri selama 30 hari tanpa bayaran, jadi anda boleh mencuba aplikasi sepenuhnya sebelum membeli.
1. Bila bayaran balik penuh diberi
- Anda meminta bayaran balik dalam 7 hari dari tarikh bayaran, dan kod itu belum diaktifkan pada mana-mana peranti
- Anda dicaj lebih daripada sekali bagi bil yang sama, atau dicaj jumlah yang berbeza daripada harga yang dipaparkan. Lebihan itu sentiasa dipulangkan, tanpa had masa di atas
2. Bila bayaran balik tidak diberi
- Selepas 7 hari dari tarikh bayaran
- Selepas kod diaktifkan pada mana-mana peranti
- Bagi baki tempoh yang tidak digunakan bila anda berhenti memakai aplikasi sebelum tarikh tamat
Tiada pembaharuan automatik, jadi tiada caj seterusnya untuk dibatalkan: langganan tamat sendiri pada tarikh tamat kod.
3. Kod yang tidak berfungsi
Tulis kepada kami dahulu. Dua punca biasa ialah aplikasi yang lebih lama daripada versi 2.17.1, dan nama usaha pada kod yang tidak sama dengan nama usaha pertama dalam aplikasi. Kami akan membantu anda menyelesaikannya.
4. Cara meminta
Tulis kepada contact@corallium.my dari alamat e-mel yang dipakai semasa membeli, dan sertakan:
- Nombor siri atau rujukan bil Billplz daripada e-mel kod anda
- Nama usaha pada kod
- Pengesahan bahawa kod itu belum diaktifkan pada mana-mana peranti
Bayaran balik dibuat secara manual, dan kami memaklumkan keputusannya melalui e-mel. Kod yang telah dibayar balik tidak boleh digunakan lagi.
5. Hak anda di bawah undang-undang
Dasar ini tidak mengurangkan hak yang diberikan kepada anda oleh undang-undang pengguna Malaysia yang tidak boleh dikecualikan.
6. Hubungi kami
contact@corallium.my
Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433) · Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah
