Dasar Privasi — Corallium Business

Berkuat kuasa: 22 November 2026

Penjual: Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433)

Alamat: Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah

Hubungi: contact@corallium.my

Dasar ini menerangkan data yang dikendalikan oleh Corallium Business. Ringkasnya: rekod perniagaan anda disimpan pada peranti anda. Kami hanya menerima data bila anda membeli kod lesen, atau bila anda memilih ruang kerja awan, dan salinan awan itu disulitkan pada peranti anda sebelum dihantar.

Corallium Business tidak memerlukan akaun. Tiada kata laluan Corallium, tiada profil pengguna dan tiada iklan.

1. Rekod pada peranti anda

  • Aplikasi Windows menyimpan rekod dalam folder pemasangan pada komputer anda
  • Versi pelayar dan aplikasi Android menyimpan rekod dalam simpanan pelayar bagi corallium.my pada peranti itu
  • Rekod ini, termasuk butiran pelanggan dan pembekal yang anda masukkan, tidak dihantar ke pelayan kami melainkan anda memilih ruang kerja awan
  • Anda mengawal data peribadi pelanggan dan pembekal yang anda rekod, dan bertanggungjawab terhadapnya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

2. Bila anda membeli kod lesen

DataKegunaan
Nama usahaDicetak dalam kod pengaktifan, bil Billplz dan e-mel kod
Alamat e-melMenghantar kod pengaktifan dan pengesahan bayaran
Pelan, tempoh, jumlah, tarikh bayaran, nombor siri, tarikh tamat dan kod pengaktifanRekod pesanan, pembaharuan dan bantuan bila kod hilang
Kod semasa, jika anda memperbaharuiDisemak untuk menyambung tempoh; hanya tarikh tamatnya disimpan
Status bil yang dibaca daripada BillplzMengesahkan bayaran sebelum kod dikeluarkan
Cincang alamat IPMengehadkan bilangan pesanan; alamat IP itu sendiri tidak disimpan

Butiran bank atau kad anda dimasukkan di halaman Billplz dan tidak sampai kepada kami. Salinan setiap e-mel kod dihantar ke contact@corallium.my supaya kami boleh membantu jika kod anda hilang.

3. Ruang kerja awan (pilihan)

  • Salinan data disulitkan pada peranti anda (AES-GCM) dengan kunci yang diterbitkan daripada kata kunci awan anda, sebelum dihantar
  • Kata kunci awan dan kunci penyulitan tidak disimpan oleh kami. Jika kata kunci itu hilang, salinan awan tidak boleh dibaca oleh sesiapa, termasuk kami
  • Pelayan menyimpan teks bersulit itu, cincangnya, garam dan satu nilai semakan kunci, bagi tiga salinan terakhir setiap ruang kerja
  • Token komputer, kod sambungan dan kod pemulihan disimpan sebagai cincang sahaja
  • Jika anda menetapkan ID log masuk, peranti anda menerbitkan bukti log masuk daripada kata kunci awan dan ID itu. Pelayan menyimpan cincang bukti itu sahaja, bukan kata kunci. Bukti itu tidak boleh membuka salinan bersulit, kerana kunci data diterbitkan dengan garam lain
  • Yang disimpan tanpa penyulitan: nama ruang kerja, nama setiap komputer yang disambung, ID log masuk jika anda menetapkannya, dan masa terakhir setiap komputer dilihat
  • Cincang alamat IP disimpan untuk mengehadkan percubaan; alamat IP itu sendiri tidak disimpan
  • Ruang kerja awan tidak meminta e-mel atau akaun

4. Kemas kini aplikasi

Bila ada internet, aplikasi menyemak versi baharu di www.corallium.my. Permintaan itu tidak membawa rekod anda. Seperti mana-mana laman, pelayan menerima alamat IP dan maklumat pelayar bagi permintaan itu.

5. Pemproses pihak ketiga

PemprosesPerananData yang diterima
BillplzHalaman bayaran kod lesenNama usaha, e-mel, jumlah, dan butiran bayaran yang anda masukkan di halaman Billplz
ResendMenghantar e-mel kod pengaktifanE-mel, nama usaha, pelan, jumlah, tarikh dan kod pengaktifan
SupabasePangkalan data pesanan dan salinan awan bersulit (Seoul, Korea Selatan)Data dalam bahagian 2 dan 3
VercelHos laman, aplikasi pelayar dan APIAlamat IP dan butiran permintaan, seperti mana-mana laman

Kami tidak menjual data dan tidak berkongsinya untuk pengiklanan.

6. Berapa lama data disimpan

  • Rekod pesanan kod lesen disimpan untuk menyokong kod anda, pembaharuan dan rekod perakaunan kami
  • Ruang kerja awan menyimpan tiga salinan terakhir; salinan yang lebih lama digantikan
  • Komputer yang dikeluarkan daripada ruang kerja tidak lagi boleh membaca atau menghantar salinan

7. Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 anda boleh meminta akses kepada, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda yang kami pegang. Tulis kepada contact@corallium.my dari alamat e-mel yang dipakai semasa membeli, atau sertakan nama ruang kerja atau ID log masuk bagi ruang kerja awan. Kami akan mengesahkan permintaan itu sebelum bertindak.

8. Perubahan kepada dasar ini

Kami boleh mengemas kini dasar ini apabila produk berubah. Tarikh kuat kuasa di bahagian atas menunjukkan versi semasa.

9. Hubungi kami

contact@corallium.my

Corallium Tech (No. Pendaftaran: SPA/2026/6433) · Arung Hayat, Jln Pinggir Bakau, 91308 Semporna, Sabah