
Sistem bil, stok & akaun offline untuk data perniagaan anda. Percuma untuk satu usaha, dengan pelan berbayar pilihan; bekerja tanpa internet.
Ringkasnya: Corallium Business menyimpan invois, bayaran, biaya, stok dan laporan perniagaan anda pada komputer ini. Kali pertama dibuka ia meminta nama usaha, nama Admin dan passcode; selepas itu anda terus bekerja: buat invois, rekod bayaran dan biaya, dan cetak.
Buka Corallium Business.bat.Jika Windows bertanya, pilih Run / Yes.
Buka Corallium Business.bat.Selepas ini, cukup klik shortcut itu setiap hari.
profil. Folder boleh dipindah, dinamakan semula atau disalin ke
USB — data ikut sekali (tutup aplikasi dahulu). Chrome dan Edge menggunakan data yang sama.
Jangan padam folder profil, dan sentiasa buka melalui ikon Corallium Business atau fail
.bat — jangan klik index.html terus. Lihat bahagian 4.
Kedua-duanya boleh. Chrome dan Microsoft Edge menggunakan enjin yang sama, dan aplikasi ini sudah diuji pada kedua-duanya. Pelancar memilih secara automatik:
| Fail yang diklik | Pelayar digunakan |
|---|---|
Buka Corallium Business.bat | Chrome dulu; jika tiada → Edge; jika tiada kedua-duanya → pelayar lalai |
Buka dengan Edge.bat | Edge sahaja (walaupun Chrome ada) |
Untuk melihat pelayar mana yang dipilih tanpa membuka aplikasi, jalankan dari Command Prompt:
Buka Corallium Business.bat --dry-run
Ia akan memaparkan baris PELAYAR = Chrome atau PELAYAR = Edge.
Edge biasanya sudah ada pada Windows 10/11 — jadi walaupun Chrome tiada, aplikasi tetap boleh dibuka tanpa memasang apa-apa.
Kalau anda mahu ia jadi seperti aplikasi biasa (ada ikon sendiri di Desktop dan Start Menu, tak perlu cari folder setiap kali), jalankan pemasang sekali sahaja:
Install Corallium Business.bat.Tiada hak admin diperlukan. Aplikasi dipasang di
%LOCALAPPDATA%\Programs\Corallium Business (folder peribadi anda).
Folder asal (yang ada pemasang) boleh dipindah atau disimpan sebagai salinan pendua selepas ini.
Di mana folder itu? Start Menu → folder Corallium Business →
Folder Corallium Business (aplikasi dan data). Data baharu berada dalam sub-folder profil di situ.
Untuk buang: Start Menu → folder Corallium Business →
Nyahpasang Corallium Business. Nyahpasang tidak memadam data: folder profil dan
profil-sandaran dikekalkan, dan pemasangan semula ke lokasi yang sama terus menggunakan data itu.
Data hanya dipadam jika anda menaip PADAM (huruf besar) apabila ditanya.
Bahasa pemasang. Pemasang, pelancar dan diagnostik boleh bercakap English atau Bahasa Melayu.
Untuk menukarnya kemudian, tambah --en atau --ms selepas nama fail .bat. Jika dipasang dalam English, dua
butiran Start Menu di atas bernama Corallium Business folder (app and data) dan Uninstall Corallium Business, dan perkataan
yang ditaip ialah DELETE. Bahasa aplikasi sendiri dipilih di dalam aplikasi.
Jika Windows memaparkan amaran. Skrip aplikasi ini teks biasa dan tidak bertandatangan, jadi Windows mungkin memberi amaran apabila salinan yang dimuat turun dibuka kali pertama. Klik More info → Run anyway (atau Run). Supaya amaran tidak keluar, klik kanan fail .zip yang dimuat turun → Properties → tanda Unblock sebelum membukanya. Pemasang memakai Windows PowerShell, yang sudah ada dalam Windows 10 dan 11; tiada apa-apa lain dimuat turun.
| Fail | Guna |
|---|---|
Install Corallium Business.bat | Pasang (salin + shortcut + ikon) |
Uninstall Corallium Business.bat | Buang pemasangan (minta pengesahan dahulu) |
Buka Corallium Business.bat | Buka tanpa install (untuk cuba dahulu) |
Kemas Kini Corallium Business.bat | Semak versi baharu sekarang; hidupkan atau matikan kemas kini automatik |
Tukar pelayar? Tiada masalah. Chrome dan Edge membuka data yang sama dari folder
profil. Hanya satu pelayar boleh membukanya pada satu masa: jika keluar mesej
“Corallium Business sedang terbuka dalam Chrome/Edge”, tutup tetingkap Corallium Business dalam pelayar itu dahulu.
Tetingkap aplikasi (sejak versi 2.17.2). Ikon Corallium Business membuka aplikasi dalam tetingkapnya
sendiri, penuh skrin, tanpa tab dan tanpa address bar, seperti program Windows yang lain. Muat turun (backup, Excel) dan cetakan
berfungsi seperti biasa: senarai muat turun muncul di penjuru atas tetingkap. Mahu tetingkap pelayar biasa yang bertab?
Buka dengan Buka Corallium Business.bat --window.
Aplikasi yang dipasang mengemas kini dirinya sendiri. Anda tidak perlu memuat turun atau memasang semula.
Rekod anda tidak disentuh. Kemas kini hanya menggantikan fail program. Folder profil (data)
dan data tidak diubah, dan satu salinan data disimpan dalam profil-sandaran sebelum setiap kemas kini.
Jika pemasangan versi baharu gagal, versi terdahulu dikembalikan dengan sendirinya.
Tiada rekod dihantar. Semakan itu hanya memuat turun dokumen awam dari www.corallium.my.
Setiap versi baharu ditandatangani oleh Corallium, dan aplikasi menolak apa-apa yang tidak bertandatangan.
Pemasang tidak menurunkan versi. Jika pemasang yang lebih lama dijalankan ke atas aplikasi yang sudah
lebih baharu, ia berhenti tanpa mengubah apa-apa. Pemasang satu fail dari laman (Corallium-Business-Setup.exe)
mengambil versi terbaharu semasa memasang bila ada internet; tanpa internet, versi yang dibawanya dipasang dan aplikasi
mengemas kini dirinya kemudian.
Semak sekarang, atau matikan. Start Menu → folder Corallium Business →
Kemas kini Corallium Business, atau klik dua kali Kemas Kini Corallium Business.bat dalam folder aplikasi.
Untuk mematikan semakan automatik: Kemas Kini Corallium Business.bat mati; untuk menghidupkannya semula:
Kemas Kini Corallium Business.bat hidup. Keadaan semasa dipaparkan di Pengaturan → Kemas kini aplikasi.
Tanpa internet aplikasi berjalan seperti biasa dan semakan dicuba lagi kemudian. Pemasangan versi 2.13.0 dan lebih lama belum ada ciri ini: pasang versi 2.14.0 sekali, selepas itu kemas kini berjalan sendiri. Folder yang dibuka tanpa dipasang juga dikemas kini dengan cara yang sama. Versi pelayar (web) memakai versi terkini dengan sendirinya di skrin persediaan atau skrin masuk (versi 2.18.2); selepas masuk, tekan Guna versi baharu bila ia ditawarkan.
iPhone dan iPad (versi pelayar). Buka laman dalam Safari, tekan butang Kongsi (jika butang itu tiada, tekan butang tiga titik ••• dahulu), pilih Tambah ke Skrin Utama, kemudian tekan Tambah. Buat persediaan dan buka aplikasi melalui ikon itu sahaja. Ikon Skrin Utama menyimpan rekodnya sendiri: rekod dalam tab Safari tidak ikut ke ikon. Untuk memindahkannya, muat turun backup dalam tab Safari, buka ikon, kemudian pilih Pulihkan daripada backup. Jika laman dibuka dalam Facebook atau Instagram, buka dalam Safari dahulu. Safari boleh membuang data laman yang tidak dibuka selama 7 hari, tetapi tidak bagi aplikasi pada Skrin Utama. Muat turun backup dengan kerap. Membaca data awan memerlukan iOS 16.4 atau lebih baharu.
Klik dua kali Diagnostik.bat. Ia akan menulis fail diagnostik.txt
dan membukanya — hantar kandungan fail itu kepada pembantu anda. Fail itu menunjukkan pelayar mana
dijumpai dan sama ada fail aplikasi lengkap.
Selepas cuba membuka, fail buka-log.txt juga merekod apa yang berlaku.
| Masalah | Cuba |
|---|---|
| Tiada tetingkap muncul langsung | Cuba Buka dengan Edge.bat. (Jangan buka index.html terus: data anda tidak kelihatan di situ.) |
| Mesej “Corallium Business sedang terbuka dalam …” | Tutup tetingkap Corallium Business dalam pelayar yang disebut, tunggu beberapa saat, kemudian buka semula |
| Data baharu “hilang” | Biasanya kerana index.html dibuka terus. Tutup, kemudian buka melalui ikon Corallium Business atau Buka Corallium Business.bat |
| Terbuka dalam tab pelayar biasa, bukan tetingkap aplikasi | Buka melalui ikon Corallium Business, bukan index.html. Jika masih tab biasa, folder profil tidak boleh dicipta (lihat buka-log.txt): salin folder aplikasi ke tempat yang boleh ditulis |
| Tetingkap aplikasi tidak penuh skrin | Tutup semua tetingkap Corallium Business, kemudian buka semula melalui ikon. Ini berlaku sekali selepas kemas kini ke 2.17.2 jika aplikasi masih terbuka daripada versi lama. Klik dua kali bar tajuk juga membesarkannya |
| Windows halang fail .bat | Klik More info → Run anyway, atau klik kanan → Properties → tanda Unblock |
| Masih tidak boleh | Hantar diagnostik.txt + buka-log.txt |
Aplikasi ini tidak mempunyai passcode awal: hanya passcode yang anda pilih sendiri yang membukanya. Alamat, logo dan pengguna lain (Staff) ditambah kemudian di Pengaturan. Untuk menukar passcode, buka Pengaturan → Pengguna & passcode; aplikasi meminta passcode anda sekarang sebagai pengesahan.
Selepas itu Papan Utama memaparkan kad Mula di sini dengan lima langkah: lengkapkan profil usaha, tambah item, tambah pelanggan atau pembekal, buat invois pertama dan simpan backup pertama. Setiap langkah bertanda siap sendiri; kad itu hilang apabila semuanya siap, atau tekan Sorok jika tidak diperlukan.
Sudah ada backup Corallium Business dari komputer lain? Pada skrin yang sama, tekan
Pulihkan daripada backup dan pilih fail .json itu. Jika aplikasi dipasang bersama satu
set data (lihat bahagian 6), skrin masuk biasa dipaparkan dan anda masuk dengan pengguna dalam set data itu.
Penting: passcode Admin yang dilupakan tidak boleh dipulihkan. Tulis dan simpan di tempat selamat.
Skrin masuk hanya menyenaraikan pengguna yang disimpan pada komputer, telefon atau pelayar itu. Setiap satu menyimpan penggunanya sendiri: aplikasi Windows dan versi pelayar pada komputer yang sama ialah dua tempat berasingan, kecuali kedua-duanya disambung ke ruang kerja awan yang sama. Melanggan pelan tidak mencipta pengguna. Untuk menambah pengguna atau menukar nama, Admin membuka Pengaturan → Pengguna & passcode.
| Kod | Untuk apa | Di mana |
|---|---|---|
| Passcode | Masuk ke aplikasi. 4 hingga 12 aksara, boleh mengandungi huruf. | Pengaturan → Pengguna & passcode |
| Kod pengaktifan | Membuka pelan Emas atau Platinum. Diterima selepas bayaran. Terikat pada nama usaha pertama; bukan nama pengguna atau passcode. | Pelan & Harga |
| Kata kunci awan | Melindungi data ruang kerja awan. Berbeza daripada passcode dan tidak boleh dipulihkan. Bersama ID log masuk (versi 2.18.0), ia membuka ruang kerja itu dari pelayar atau komputer baharu. | Pengaturan → Awan dan komputer lain |
| Kod sambungan | Menyambung komputer atau telefon baharu ke ruang kerja awan. Sah 15 minit, sekali guna. | Pengaturan → Sambung komputer lain |
| Kod pemulihan | Menyambung komputer baharu jika semua komputer hilang atau rosak. Dipaparkan sekali sahaja. | Semasa ruang kerja awan dicipta |
Pratonton (versi 1.4): di bahagian bawah setiap dokumen ada kad Pratonton cetakan. Itulah rupa yang akan dicetak, jadi anda boleh menyemak sebelum mencetak. Resit bayaran dicetak ringkas, dengan senarai invois yang dilunaskan. Baki pada cetakan ialah baki semasa: bayaran yang diterima kemudian sudah ditolak.
Untuk hasil terbaik: pada dialog cetak, buka More settings dan matikan Headers and footers.
Menu Dokumen Lain kini boleh membuat dokumen baharu, bukan sekadar menyenaraikan yang lama. Butang + di bahagian atas halaman itu membuka borang bagi setiap jenis.
| Dokumen | Bila digunakan | Kesan |
|---|---|---|
| Nota Kredit | Pelanggan memulangkan barang, atau anda mengurangkan harga selepas invois dibuat | Stok naik, baki pelanggan turun, sisa invois asal berkurang |
| Nota Debit | Anda memulangkan barang kepada pembekal | Stok turun, hutang kepada pembekal berkurang |
| Sebut Harga | Memberi harga kepada pelanggan sebelum jualan | Tiada kesan pada stok atau baki |
| Pesanan Jualan / Pesanan Belian | Merekod pesanan yang belum dihantar | Tiada kesan pada stok atau baki |
| Nota Hantaran | Dokumen mengiringi barang yang dihantar | Tiada kesan; stok bergerak bila dijadikan invois |
Nota debit sama caranya: buka bil pembelian → ↩ Nota Debit. Nota kredit juga boleh dibuat tanpa invois asal dari menu Dokumen Lain.
Satu dokumen hanya boleh dijadikan invois sekali; selepas itu ia memaparkan pautan ke invoisnya. Invois yang sudah ada nota kredit tidak boleh dipadam selagi nota itu ada: padam nota dahulu.
Buka Pengaturan → Pengguna & passcode (Admin sahaja).
| + Tambah | Pengguna baharu: nama, peranan (Admin atau Staff) dan passcode. Dia terus boleh masuk. |
| Urus | Pada setiap baris: tukar nama, tukar peranan, atau tukar status kepada Tidak aktif. |
| Tukar passcode | Tetapkan passcode baharu untuk pengguna itu. |
Setiap perubahan meminta passcode anda sebagai pengesahan dan dicatat dalam log aktiviti.
Pekerja berhenti? Tiada butang padam: tukar statusnya kepada Tidak aktif. Namanya hilang dari skrin masuk dan dia tidak boleh masuk lagi, walaupun dengan passcode yang betul. Rekod dan log kerjanya kekal, supaya anda masih tahu siapa membuat apa, dan dia boleh diaktifkan semula bila-bila masa dengan passcode lamanya.
Anda tidak boleh menukar peranan atau status akaun sendiri: minta Admin lain. Mesti sentiasa ada sekurang-kurangnya seorang Admin aktif, jadi lantik Admin kedua dahulu sebelum menurunkan atau menyahaktifkan Admin yang ada. Dua pengguna tidak boleh memakai nama yang sama. Admin boleh mengubah dan memadam dokumen, memulihkan backup dan mengurus pengguna; Staff boleh membuat dokumen, kenalan dan item baharu, menukar passcode sendiri dan memuat turun backup.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Pengaturan dokumen. Semuanya dimatikan pada mulanya, jadi borang dan cetakan kekal seperti dahulu sehingga anda memilihnya. Mematikan pilihan tidak memadam apa-apa: dokumen yang sudah ada butiran itu masih memaparkan dan mencetaknya.
| Invois proforma | Jenis baharu dalam Dokumen Lain: invois awal sebelum jualan, dicetak dengan "Sah hingga". Ia tidak dikira dalam jualan, stok atau hutang. Tekan Jadikan Invois bila pelanggan bersetuju. |
| Masa, no. pesanan, pengangkutan | Medan tambahan pada borang: masa di sebelah tarikh, no. pesanan belian pelanggan, cara hantar, no. kenderaan dan tempat hantar. Semuanya dicetak pada dokumen. |
| Caj tambahan | Contohnya penghantaran atau pembungkusan, hingga enam caj. Caj ditambah selepas cukai dan tidak didiskaun. |
| Alamat penghantaran | Isi pada kenalan sekali; ia diisi sendiri pada dokumen jualan baharu dan dicetak sebagai "Hantar kepada". |
| No. cukai kenalan | Isi no. cukai (TIN / SST) pada kenalan; ia dicetak di bawah alamatnya. |
| WhatsApp, E-mel | Butang pada halaman dokumen jualan yang membuka WhatsApp atau program e-mel dengan butiran dokumen. Aplikasi tidak menghantar apa-apa; anda sendiri yang menekan hantar. |
Butang Awalan, tajuk & terma pada kad yang sama. Awalan ditambah di hadapan nombor dokumen baharu (contoh INV- memberi INV-1024); nombor dokumen lama tidak berubah. Tajuk cetakan menggantikan tajuk biasa, contohnya INVOIS CUKAI. Terma sendiri bagi sesuatu jenis menggantikan terma am; biarkan guna terma am bertanda untuk kekal seperti sekarang.
Admin boleh menekan Batalkan pada invois, invois proforma, sebut harga, pesanan jualan atau nota hantaran. Dokumen itu kekal dengan nombornya, ditanda DIBATALKAN pada skrin dan cetakan, dan tidak lagi dikira dalam jualan, stok atau hutang. Nombornya tidak dipakai semula. Tersilap? Pulihkan dari Tong. Dokumen yang sudah ada bayaran atau nota kredit tidak boleh dibatalkan; aplikasi menerangkan langkah yang perlu dahulu.
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.8 dahulu sebelum menghidupkan invois proforma.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Harga dan baris. Semuanya dimatikan pada mulanya.
| Kuantiti percuma | Lajur Percuma pada baris: barang percuma keluar dari stok tetapi tidak dikira dalam amaun. |
| Harga borong | Isi harga borong dan kuantiti minimum pada item. Tandakan Pelanggan borong pada kenalan untuk harga borong tanpa minimum. |
| Harga khas kenalan | Pada halaman kenalan, simpan harga sendiri bagi item tertentu. Ia diisi sendiri pada dokumen jualan. |
| Harga terakhir, untung baris | Di bawah setiap baris: harga terakhir kepada kenalan itu (klik untuk pakai) dan anggaran untung. |
| Harga termasuk cukai | Bila cukai hidup, tandakan kotak ini pada borang dan taip harga yang sudah termasuk cukai. Pada dokumen baharu, kotak Pembulatan diisi secara automatik (biasanya 1 sen) supaya jumlah sama tepat dengan harga yang ditaip. Nota kredit, nota debit dan salinan invois berulang daripada dokumen sebegini juga diisi semula ikut baris masing-masing (versi 2.18.4). Kotak tidak diisi jika ada diskaun dokumen, atau jumlah harga yang ditaip berbeza 0.50 atau lebih daripada jumlah yang dikira; borang menunjukkan sebabnya. Menaip Pembulatan sendiri menghentikan isian itu. Dokumen lama, dan dokumen yang pembulatannya diubah pada komputer versi lama, mengekalkan pembulatannya. Dokumen yang harganya termasuk cukai dibuka dengan harga yang ditaip walaupun pilihan ini ditutup, bila diubah atau dijadikan invois atau bil. Nota kredit dan nota debit berbuat demikian hanya bila Pembulatan dokumen asalnya diisi secara automatik. Bagi invois yang sangat banyak baris atau kuantiti, atau bila nota sebelumnya dibuat pada versi lama, atau bila Pembulatan invois ditaip selepas nota pertama, nota boleh mengikut cara lama: harga bersih, dengan pembulatan invois yang belum dikreditkan, supaya nota-nota tetap menutup invois tepat. |
| Jualan tunai, isian pantas | Invois baharu dianggap dibayar penuh. Taip kod atau nama item di kotak isian pantas dan tekan Enter. |
| Pulangan nota hantaran | Butang Rekod pulangan pada nota hantaran; invois daripadanya mengenakan kuantiti yang diterima sahaja. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.8.1 dahulu.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Kenalan dan kawalan. Semuanya dimatikan pada mulanya.
| Kumpulan, had kredit, tempoh bayaran | Dalam borang kenalan. Invois menunjukkan baki selepas dokumen dan meminta pengesahan bila melebihi had. Tarikh Akhir diisi ikut tempoh bayaran. |
| Medan tambahan | Tekan Nama medan tambahan dan beri nama hingga tiga medan bagi kenalan dan tiga bagi dokumen. Medan dokumen dicetak. |
| Peringatan bayaran | Di senarai kenalan, tekan Peringatan bayaran. Butang WhatsApp atau E-mel membuka mesej yang sudah diisi; semak dahulu, kemudian tekan hantar. |
| Jejak audit | Halaman dokumen menunjukkan Sejarah perubahan: siapa mengubah apa, sebelum dan selepas. |
| Sekat stok negatif | Invois tidak boleh disimpan jika stok item tidak mencukupi. |
| Passcode sebelum ubah | Passcode diminta sebelum dokumen diubah, dipadam atau dibatalkan. Tidak diminta lagi selama 10 minit. |
| Sorok angka | Angka papan utama dikaburkan. Tekan Tunjuk angka untuk melihatnya. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.8.2 dahulu.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Lejar tambahan. Semuanya dimatikan pada mulanya.
| Pendapatan lain | Menu Pendapatan Lain → + Pendapatan Baharu. Untuk wang masuk yang bukan jualan, seperti sewa atau faedah. Ia ditambah kepada untung rugi. |
| Pindahan baki | Buka kenalan, tekan ⇄ Pindah baki, pilih kenalan penerima dan jumlah. Tiada wang bergerak: baki berpindah dari satu kenalan ke kenalan lain. Jumlah paling banyak ialah baki kenalan itu dalam usaha yang dipilih (versi 2.16.1). |
| Invois berulang | Dalam borang invois, pilih Ulang invois ini (setiap minggu, bulan atau tahun). Bila tiba masanya, papan utama memberi peringatan; buka Invois berulang dan tekan Cipta invois yang ditanda. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.8.3 dahulu.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Barang lanjutan. Semuanya dimatikan pada mulanya.
| Kod bar | Dalam borang item, isi Kod bar atau tekan Jana. Dalam borang invois atau bil, klik kotak Imbas kod bar… dan imbas: item masuk ke baris. Imbas sekali lagi untuk menambah kuantiti. |
| Cetak label | Item & Stok → Cetak label. Isi bilangan label setiap item dan tekan cetak. |
| Gambar, model dan saiz | Dalam borang item, tekan Pilih gambar. Gambar dikecilkan secara automatik. |
| Kelompok dan tarikh luput | Isi kelompok dan tarikh luput di bawah setiap baris bil. Butang Hampir luput dalam Item & Stok menunjukkan barang yang luput dalam 60 hari. |
| Import dan eksport | Sentiasa ada. Simpan hamparan Excel sebagai CSV, kemudian ⬆ Import dalam Item & Stok atau Kenalan. Baris yang rosak ditolak dengan sebab. Kemas kini pukal mengubah harga semua item yang ditapis. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.9.0 dahulu.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Stor dan unit. Kedua-duanya dimatikan pada mulanya.
| Beberapa stor | Tambah stor atau gudang dalam kad yang sama. Pada invois, bil dan nota, pilih Stor. Stok tanpa stor milik stor utama. |
| Pindah stok | Item & Stok → Pindah stok. Pilih item, stor asal, stor tujuan dan kuantiti. Jumlah stok tidak berubah. |
| Stok setiap stor | Pilih stor dalam Item & Stok untuk melihat stok stor itu. Lejar item menunjukkan stok mengikut stor. |
| Unit kedua | Dalam borang item, pilih Unit kedua dan isi kadar (cth. 24 bagi 1 karton = 24 botol). Pada baris invois atau bil, pilih unit itu: harga ditukar dan stok bergerak dalam unit asas. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.9.1 dahulu.
Admin menghidupkan setiap pilihan di Pengaturan → Pengeluaran. Kedua-duanya dimatikan pada mulanya.
| Senarai bahan | Dalam borang item siap, tambah bahan dan kuantiti setiap bahan bagi SATU unit (cth. 0.5 kg tepung bagi satu roti). Bahan mesti barang berstok. |
| Larian pengeluaran | Item & Stok → Pengeluaran. Pilih barang siap dan kuantiti. Stok bahan berkurang dan stok barang siap bertambah pada kos bahan. |
| Kerja upah | Item & Stok → Kerja upah → + Hantar bahan kepada kontraktor. Bila barang siap sampai, tekan Terima. Bayaran upah direkod sebagai bil biasa. |
| Import invois dan bil | Jualan atau Pembelian → ⬆ Import. Satu baris hamparan = satu baris item; baris dengan No. dokumen yang sama menjadi satu dokumen. Import kenalan dan item dahulu. |
Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.9.2 dahulu.
Admin menghidupkannya di Pengaturan → e-Invois LHDN (MyInvois). Ia dimatikan pada mulanya. Perniagaan dengan jualan tahunan bawah RM3 juta dikecualikan daripada e-Invois; hidupkan hanya jika anda wajib atau pembeli meminta e-Invois. Tiada sambungan terus ke LHDN dan tiada kos.
| Butiran usaha | Pengaturan → profil usaha → bahagian e-Invois LHDN: No. TIN, jenis dan nombor pengenalan, No. SST (jika ada), kod MSIC, aktiviti perniagaan, bandar, poskod dan negeri. Alamat dan telefon diambil daripada medan sedia ada. |
| Pembeli dengan TIN | Dalam borang kenalan, isi bahagian e-Invois LHDN hanya bagi pembeli yang meminta e-Invois. Kosongkan bagi pembeli biasa. |
| Halaman e-Invois | Laporan → e-Invois (MyInvois). Pilih bulan dan usaha. Invois kepada pembeli dengan TIN disenaraikan satu demi satu; invois lain dikumpul menjadi satu e-Invois disatukan yang perlu dihantar dalam 7 hari selepas bulan itu tamat. |
| Dokumen Excel | Tekan ⬇ Dokumen Excel. Log masuk ke Portal MyInvois, muat turun templat muat naik pukal, dan salin setiap helaian ke helaian yang sama nama dalam templat itu. Dokumen yang belum lengkap tidak dimasukkan; butiran yang kurang ditunjukkan dalam jadual. |
| Nombor pengesahan | Selepas portal mengesahkan e-Invois, salin pautan kongsinya dan tekan Rekod UUID di halaman e-Invois (atau Rekod nombor pengesahan di halaman dokumen). Nombor pengesahan dan kod QR kemudian dicetak pada invois dan resit. |
Jika dokumen diubah selepas e-Invoisnya disahkan, halaman dokumen memberi amaran: batalkan e-Invois itu di Portal MyInvois (dalam 72 jam) dan hantar semula, atau keluarkan nota kredit.
| Laras mata | Bila Mata ganjaran hidup, Admin boleh menekan Laras mata di halaman kenalan untuk menambah atau menolak mata dengan sebab. Pilih Mata awal dari rekod lama untuk memindahkan mata pelanggan dari kad lama (sekali sahaja). Pelarasan boleh dibuang dengan ✕ selagi mata itu belum ditebus. |
| Penyesuaian bank | Bila Tunai & Bank hidup, buka penyata akaun bank dan tekan Penyesuaian bank. Isi tarikh dan baki pada penyata bank, kemudian tanda setiap baris yang ada dalam penyata. Bila Beza menjadi 0, tekan Selesai penyesuaian. |
| Draf | Belum habis? Tekan Simpan draf (atau Ctrl+S) dan sambung kemudian. |
Admin menghidupkannya di Pengaturan → Kaunter, selepas suis Kaunter. Kedua-dua suis berasingan.
| Tahan jualan | Pelanggan belum siap membayar? Tekan Tahan jualan. Troli disimpan dan dikosongkan untuk pelanggan seterusnya. Butang troli ditahan muncul di atas troli; tekan untuk menyambung, atau ✕ untuk membuang. Stok hanya berubah bila jualan itu dibayar. |
| Buka kaunter | Pada awal hari, isi tunai awal dalam laci dan tekan Buka kaunter. Bila suis ini hidup, jualan kaunter hanya boleh dibuat selepas kaunter dibuka. |
| Tutup kaunter | Pada hujung hari, tekan Tutup kaunter. Aplikasi menunjukkan jualan ikut cara bayaran dan tunai yang patut ada dalam laci. Kira tunai, isi jumlahnya, dan lihat bezanya. Ringkasan boleh dicetak pada kertas resit. |
| Sejarah | Butang Sejarah tutup kaunter di Kaunter menyenaraikan setiap sesi dengan bezanya dan butang cetak semula. |
Admin menghidupkannya di Pengaturan → Pelanggan setia dan servis. Kedua-dua suis berasingan.
| Mata ganjaran | Tetapkan belanja bagi 1 mata (contoh RM 10) dan nilai 1 mata bila ditebus (contoh RM 0.05). Setiap invois jualan kepada kenalan bernama memberi mata; nota kredit menolaknya. Pelanggan kaunter tanpa nama tidak mengumpul mata. |
| Tebus | Di Kaunter, pilih kenalan. Baris Tebus mata muncul dengan bakinya. Taip bilangan mata atau tekan Maksimum; nilainya menjadi diskaun. Resit mencetak mata diperoleh, ditebus dan baki. |
| Tempoh servis | Dalam borang item, isi Tempoh servis (hari), contohnya 90 untuk servis penghawa dingin. Kosongkan jika item itu tiada servis berkala. |
| Peringatan servis | Buka Kenalan → Peringatan servis. Setiap baris menunjukkan jualan terakhir, servis seterusnya dan sama ada lewat. Tekan WhatsApp atau e-mel untuk membuka mesej siap; anda yang menekan hantar. |
Untuk kedai runcit: jual dengan cepat tanpa membuka borang invois. Admin menghidupkannya di Pengaturan → Kaunter; menu Kaunter kemudian muncul di bawah Invois Jualan.
| Imbas | Imbas kod bar barang, atau taip kod atau nama dan tekan Enter. Imbas lagi untuk menambah kuantiti. Butang − dan + mengubah kuantiti. |
| Bayar | Pilih cara bayaran. Untuk tunai, taip wang yang diterima atau tekan butang RM 20, RM 50, RM 100; baki pulangan dipaparkan. Tekan F9 atau Bayar & simpan. Resit dicetak terus jika kotak cetak ditanda. |
| Penimbang | Hidupkan suis penimbang di Pengaturan, sambung penimbang ke komputer, tekan Sambung penimbang dan pilih portnya. Pilih baris barang, letak barang di atas penimbang, kemudian tekan Guna berat. Perlu Chrome atau Edge pada komputer. |
| Kertas resit | Pilih 58 mm, 80 mm, A5 atau A4 di kad Kaunter. Setiap jualan disimpan sebagai invois jualan biasa. |
Admin boleh menukar rupa invois, sebut harga dan resit di Pengaturan → Gaya cetakan. Tanpa perubahan, dokumen dicetak sama seperti sebelum.
| Gaya cetakan | Pilih tema, warna utama dan saiz teks. Tanda lajur jadual barang yang mahu dicetak dan susun dengan butang ↑ ↓. Tekan Pratonton untuk melihat dahulu, kemudian Simpan gaya. Kembali kepada lalai memulihkan rupa asal. |
| Resit terma | Pada halaman dokumen, pilih Resit terma 58 mm atau 80 mm, kemudian tekan Cetak / PDF. Dalam dialog cetak, pilih pencetak resit anda. |
| Kod QR bayaran | Di Pengaturan → Profil usaha → Ubah, tekan Pilih gambar QR… dan pilih gambar QR DuitNow daripada bank anda. Imbas sekali dengan telefon untuk memastikannya betul sebelum menyimpan. |
| Tiga salinan | Pilih ASAL + DUPLIKAT + TRIPLIKAT untuk mencetak tiga helaian sekali gus. |
Hidupkan Lejar am dan Kunci Kira-Kira dahulu, kemudian tanda Aset tetap dan susut nilai dan Tutup tahun kewangan di Pengaturan → Akaun. Kedua-duanya dibuka dari cip di bahagian atas halaman Akaun.
| Aset tetap | Rekod belian van, mesin atau peralatan seperti biasa sebagai belian atau biaya. Kemudian tekan + Aset dan isi kos, nilai sisa dan tempoh guna dalam bulan. Susut nilai dikira sendiri setiap bulan; anda tidak perlu menulis jurnal. |
| Jual aset | Tekan Jual pada aset itu, isi tarikh dan hasil jualan (0 jika dibuang). Borang menunjukkan nilai buku dan untung atau rugi jualan sebelum disimpan. |
| Tutup tahun | Selepas tahun kewangan tamat dan semua dokumennya lengkap, pilih hujung tahun dan tekan Tutup tahun. Untung tahun itu masuk ke Untung tertahan dan rekod bertarikh dalam tahun itu tidak boleh diubah lagi. Admin boleh menekan Buka semula jika perlu membetulkan. |
Penyata untung rugi biasa tidak berubah; Kunci Kira-Kira menunjukkan aset, susut nilai dan Untung tertahan.
Hidupkan di Pengaturan → Akaun → Lejar am dan Kunci Kira-Kira. Menu Akaun akan muncul. Anda tidak perlu merekod apa-apa yang baharu: baki tunai, bank, penghutang, pemiutang, stok, jualan dan belian dikira terus daripada dokumen yang sudah ada.
| Carta akaun | Senarai semua akaun dan bakinya. Tekan + Akaun untuk menambah akaun sendiri, contohnya Kenderaan (aset) atau Modal pemilik (ekuiti). |
| Jurnal am | Untuk perkara yang tiada dokumennya, seperti modal dalam bentuk barang atau susut nilai. Isi debit atau kredit pada setiap baris; jurnal hanya disimpan bila tertulis Seimbang. |
| Laporan | Imbangan Duga, Kunci Kira-Kira dan Buku Jurnal ada di bahagian atas halaman Akaun dan dalam Laporan terperinci. Semuanya boleh dicetak. |
Mematikan pilihan hanya menyembunyikan menu; akaun dan jurnal kekal tersimpan.
Buka Laporan, kemudian pilih dalam bar Laporan terperinci atau tekan Semua laporan terperinci. Setiap laporan memakai tempoh dan usaha yang dipilih, boleh dicetak (Ctrl+P) dan dimuat turun sebagai CSV. Laporan ini hanya membaca; tiada apa yang berubah.
| Untung | Ikut invois, ikut pelanggan dan ikut kategori item: jualan bersih, kos barang berstok yang dijual dan untung kasar. |
| Jualan dan belian | Barang ikut pelanggan; jualan, belian dan bayaran ikut kenalan atau ikut kumpulan. |
| Stok, diskaun, cukai, pesanan | Stok awal hingga akhir setiap item; diskaun diberi dan diterima; cukai ikut kadar; pesanan dibuka atau sudah dijadikan invois. |
| Semakan kesihatan data | Senarai rekod yang mungkin perlu dibetulkan, contohnya nombor dokumen berganda atau stok negatif. Klik setiap baris untuk membuka rekod dan membetulkannya sendiri. |
Pada hujung bulan, suku tahun atau tahun, akauntan, juruaudit atau ejen cukai anda biasanya meminta beberapa penyata sekali gus. Buka Laporan, kemudian tekan Pek akauntan. Pilih tempoh dan usaha, nyahtanda penyata yang tidak diperlukan, kemudian tekan Cetak / PDF (satu cetakan dengan kulit dan senarai kandungan, setiap penyata pada halaman baharu) atau Excel (.xlsx) (satu buku kerja, satu helaian setiap penyata). Pek ini hanya membaca; tiada apa yang berubah. Ia ada dalam semua pelan.
| Kandungan | Untung Rugi, Aliran Tunai (bila Tunai & Bank hidup), baki pelanggan dan pembekal, jualan dan belian ikut kenalan, cukai ikut tempoh dan ikut kadar, butiran stok dan semua transaksi. Bila suis Akaun hidup: Kunci Kira-Kira, Imbangan Duga dan Buku Jurnal. Bila Aset tetap hidup: daftar aset tetap. Penyata tanpa rekod dalam tempoh itu ditinggalkan. |
| Excel sahaja | Semua Transaksi dan Buku Jurnal terlalu panjang untuk dicetak bersama penyata lain, jadi kedua-duanya masuk ke buku kerja Excel sahaja. Anda masih boleh mencetaknya dari halaman masing-masing. |
| Cukai ikut tempoh | Nilai bercukai dan cukai atas jualan serta belian bagi setiap tempoh bercukai, ikut kadar. Pilih panjang tempoh pada laporan itu: sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Tempoh dikira dari bulan mula tahun kewangan anda. Angka ini untuk disalin ke penyata cukai anda; ia bukan borang rasmi, dan aplikasi tidak menghantar apa-apa kepada pihak berkuasa cukai. |
| Baki pelanggan dan pembekal | Jumlah yang belum diterima daripada setiap pelanggan dan belum dibayar kepada setiap pembekal pada tarikh akhir tempoh. Bakinya sama dengan baki akhir penyata kenalan itu. |
| Daftar aset tetap | Kos, susut nilai terkumpul dan nilai buku setiap aset pada tarikh akhir tempoh. |
Tiga laporan terakhir itu juga boleh dibuka sendiri dalam Laporan terperinci. Angka dalam pek belum diaudit: ia dikira daripada rekod yang anda masukkan.
Secara biasa aplikasi menganggap setiap bayaran sebagai tunai. Jika anda mahu tahu berapa wang di tangan, berapa dalam setiap akaun bank dan cek mana yang belum ditunaikan, hidupkan Tunai & Bank: Pengaturan → Tunai & Bank → Hidupkan (Admin). Aplikasi baharu yang bermula kosong sudah menghidupkannya. Aplikasi yang dinaik taraf daripada versi lama kekal dimatikan sehingga anda sendiri menghidupkannya, jadi tiada angka atau skrin berubah tanpa diminta.
| + Akaun | Menu Tunai & Bank (Admin). Tambah setiap akaun bank atau e-dompet, dengan baki awal dan tarikhnya. Tunai di tangan sudah sedia ada dan tidak perlu ditambah. |
| Cara bayaran | Pada invois, bil, biaya dan borang bayaran, sebaik jumlah dibayar diisi, pilih tunai, pindahan bank, kad, e-dompet atau cek, dan akaun yang menerima atau mengeluarkan wang itu. Jika tidak dipilih, bayaran dikira tunai. |
| + Pecah bayaran | Satu bayaran dengan lebih daripada satu cara, contohnya sebahagian tunai dan sebahagian pindahan bank. Jumlah semua pecahan mesti sama dengan jumlah dibayar. |
| ⇄ Pindahan | Wang berpindah antara akaun sendiri: simpan tunai jualan ke bank, atau keluarkan tunai dari bank. Ia bukan jualan dan bukan biaya. |
| Laras baki | Selepas mengira tunai di laci, atau bila bank mengenakan caj: tambah atau kurangkan baki satu akaun. Sebabnya wajib ditulis. |
| Penyata | Setiap akaun ada penyata: baki dibawa, setiap wang masuk dan keluar, dan baki selepasnya. Boleh dicetak dan dieksport ke CSV. |
Bayaran dengan cara Cek belum dikira sebagai wang. Ia menunggu dalam Tunai & Bank → Daftar cek sebagai Belum tunai. Bila cek itu sudah masuk bank, tekan Tunaikan dan pilih akaun serta tarikhnya; barulah baki akaun itu berubah. Tersilap? Tekan Buka semula. Cek yang ditolak bank: Batalkan cek (Admin). Bayaran cek itu dibatalkan dan invoisnya kembali tertunggak. Jika cek itu sebahagian daripada bayaran pecah yang sudah diagihkan kepada dokumen, buang agihannya pada halaman dokumen dahulu.
+ Pinjaman merekod pinjaman bank atau pinjaman peribadi. Terima pinjaman memasukkan wang ke akaun pilihan anda dan menambah baki terhutang. Bayar balik mengeluarkan wang dari akaun anda; isi Daripadanya faedah supaya hanya bahagian pokok mengurangkan baki terhutang. Penyata pinjaman menunjukkan setiap bayaran dan jumlah faedah yang sudah dibayar.
| Buku Harian | Semua yang direkod pada satu hari: dokumen, bayaran dan pergerakan wang, dengan cara bayarannya. Cek yang diterima pada hari itu disenaraikan walaupun belum ditunaikan. |
| Aliran Tunai | Penyata wang yang benar-benar masuk dan keluar dalam satu tempoh, dibahagi kepada aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan, dengan tempoh terdahulu di sebelahnya, baki setiap akaun pada akhir tempoh dan ringkasan ikut bulan. Bila suis Akaun hidup, ia juga menunjukkan penyesuaian untung bersih dengan tunai operasi. Wang daripada Pendapatan Lain kini dikira. Cek belum tunai tidak dikira (versi 2.17.0). |
| Semua Transaksi | Setiap dokumen dalam satu tempoh, semua jenis atau satu jenis, dengan jumlah dokumen, wang masuk dan wang keluar. |
Baki setiap akaun dikira daripada rekodnya sendiri: baki awal, bayaran pada dokumen, pindahan, pelarasan dan cek yang sudah ditunaikan. Akaun yang tidak dipakai lagi boleh ditutup (rekodnya kekal; ia tidak ditawarkan lagi dalam borang). Akaun yang belum ada rekod boleh dipadam. Mematikan Tunai & Bank hanya menyorok skrin dan pilihan ini; rekod yang sudah dibuat kekal tersimpan dan muncul semula bila dihidupkan. Had versi ini: faedah pinjaman belum dimasukkan ke dalam laporan untung rugi; rekodkannya juga sebagai biaya jika anda mahu ia dikira. Jika beberapa komputer berkongsi data melalui awan, naik taraf semua komputer kepada versi 2.7 dahulu sebelum menghidupkan Tunai & Bank.
Jika lebih daripada satu komputer mesti melihat data yang sama, sambungkan semuanya ke satu ruang kerja awan. Ini pilihan: tanpanya aplikasi berjalan seperti biasa dan rekod anda tidak pernah meninggalkan komputer ini.
| Komputer pertama | Pengaturan → Awan dan komputer lain → Cipta ruang kerja awan (Admin). Beri nama komputer ini dan pilih kata kunci awan (8 aksara atau lebih). Tekan Tunjuk untuk melihat apa yang ditaip (versi 2.18.6). Catat kod pemulihan yang dipaparkan sekali sahaja. |
| Setiap komputer lain | Pada komputer yang sudah disambung, tekan Sambung komputer lain untuk mendapat kod (sah 15 minit, sekali guna). Pada komputer baharu, pilih Sambung dengan kod dan taip kod itu bersama kata kunci awan yang sama. |
| Log masuk dengan ID (versi 2.18.0) | Admin menetapkan ID log masuk sekali, semasa mencipta ruang kerja atau kemudian di Pengaturan → Awan dan komputer lain → ID log masuk. Pada pelayar atau komputer baharu, buka tab Pengguna sedia ada di skrin permulaan dan taip ID itu bersama kata kunci awan. Tiada kod diperlukan. Selepas data tiba, pilih nama anda dan taip passcode seperti biasa. Sejak versi 2.20.0, pautan Log masuk dengan ID awan juga ada terus di skrin masuk, dan ruang kerja yang hanya ada seorang pengguna aktif terus dibuka selepas kata kunci awan diterima, tanpa passcode kedua. |
| Telefon atau pelayar, ruang kerja dengan set data (versi 2.19.0) | Jika ruang kerja dicipta pada komputer Windows yang memakai set data (rekod lama dalam folder data aplikasi), versi web perlu memegang set data yang sama. Selepas ID dan kata kunci awan diterima, dialog Pasang set data dibuka. Pada komputer Windows itu, buka File Explorer, taip %LOCALAPPDATA% pada bar alamat, buka Programs → Corallium Business, klik kanan folder data dan pilih Hantar ke → Folder dimampatkan (zip). Hantar data.zip ke telefon (kabel USB, emel atau WhatsApp kepada diri sendiri), pilih dokumen itu dalam dialog, kemudian log masuk sekali lagi. Set data disimpan dalam pelayar itu sahaja dan tidak dihantar ke awan. Jika pelayar membuangnya kemudian (storan penuh), aplikasi meminta zip yang sama semula. Admin boleh membuangnya di Pengaturan → Tentang aplikasi → Buang set data. |
| Beberapa akaun awan pada satu komputer (versi 2.20.0) | Satu komputer atau telefon boleh mengingat sehingga enam akaun awan: satu sedang dibuka dan lima lagi diingat. Tekan tukar di sebelah nama anda (atau Tukar akaun di skrin masuk), kemudian Tambah akaun awan lain, dan taip ID log masuk serta kata kunci awan akaun itu sekali sahaja. Selepas itu Buka akaun ini menukar akaun tanpa menaip kata kunci awan lagi. Perubahan akaun semasa dihantar ke awan dahulu, kemudian data akaun yang dipilih dibawa ke sini; jika mana-mana langkah gagal, pertukaran dibatalkan dan tiada apa berubah. Internet diperlukan, dan passcode anda diminta selepas bertukar. Hanya data akaun yang sedang dibuka berada pada komputer itu. Buang (hanya Admin yang sudah masuk) melepaskan akaun yang diingat daripada komputer itu sahaja; datanya di awan dan pada komputer lain kekal, tetapi tiada salinannya pada komputer itu. Kata kunci awan yang dilupa tidak dapat dipulihkan, jadi pastikan anda masih mengingatinya sebelum membuang. Dialog yang sama menukar pengguna dalam akaun yang sama (passcode pengguna itu tetap diminta). Dua akaun yang memakai set data berbeza tidak boleh berkongsi satu komputer. |
Satu komputer menulis pada satu masa. Bar di bahagian atas menunjukkan siapa memegang giliran menulis. Komputer lain baca sahaja dan menerima perubahan sendiri dalam masa lebih kurang setengah minit. Untuk menulis pada komputer lain, cuba simpan sahaja, atau tekan Minta giliran: giliran berpindah dalam beberapa saat sebaik komputer yang satu lagi selesai menghantar kerjanya. Inilah yang mengelakkan dua orang saling menimpa kerja.
Jika komputer yang memegang giliran dimatikan, komputer lain boleh menekan Ambil alih selepas tiga minit. Kerja yang belum sempat dihantarnya disimpan pada komputer itu sebagai salinan backup; ia tidak digabung secara senyap.
Data anda disulitkan pada komputer anda sebelum dihantar, dengan kunci yang dibuat daripada kata kunci awan. Pelayan tidak boleh membacanya. Jika kata kunci awan hilang, tiada sesiapa boleh memulihkan salinan awan; data pada setiap komputer yang sudah disambung kekal boleh dipakai. Komputer yang sudah ada data sendiri akan diganti dengan data ruang kerja bila disambung (backup data lama dimuat turun dahulu). Semua komputer mesti memakai set data yang sama, jika ada. Teruskan membuat backup.
| N | Invois jualan baharu |
| Ctrl+S | Simpan borang yang sedang dibuka |
| Ctrl+P | Cetak / PDF: dokumen, penyata, laporan, atau baris yang ditanda dalam senarai |
| Ctrl+K atau / | Cari kenalan, dokumen, item atau halaman |
| Ctrl+Z | Batal tindakan terakhir |
| ? | Papar senarai pintasan |
| Esc | Tutup carian atau dialog |
Senarai yang sama ada dalam aplikasi: tekan ? atau klik Pintasan papan kekunci di bawah menu kiri.
N, ? dan / hanya berfungsi bila kursor tidak berada dalam kotak teks; semasa menaip, huruf itu ditaip seperti biasa. Ctrl+S berfungsi walaupun kursor masih dalam kotak teks, dan memberitahu apa yang kurang jika borang belum lengkap. N tidak meninggalkan borang yang sedang diisi, dan Esc tidak menutup dialog borang yang sudah diisi (guna butang × untuk tutup tanpa simpan). Ctrl+P di halaman yang tiada cetakan tidak mencetak apa-apa.
Tekan Ctrl+K, atau klik kotak Cari… di bahagian atas, kemudian taip sebahagian daripada apa yang anda ingat. Hasil muncul semasa anda menaip.
Dua perkataan menyempitkan hasil, contoh aminah 2026. Guna anak panah ↑ ↓ untuk memilih, Enter untuk membuka dan Esc untuk menutup; dengan tetikus, klik sahaja.
Ejaan mesti betul, tetapi sebahagian perkataan sudah cukup. Dokumen dicari dalam usaha yang sedang dipilih; jika ada padanan dalam usaha lain, satu baris menawarkan untuk menunjukkannya. Jika anda mencari semasa mengisi borang, simpan borang dahulu: membuka hasil carian meninggalkan borang itu. Mencari tidak mengubah apa-apa data.
Tersilap simpan, tersilap padam atau tersilap agih bayaran? Selepas apa-apa tindakan, butang biru ↶ Batal muncul di bahagian atas dan menyebut tindakan yang baru dibuat.
Data kembali seperti sebelum tindakan itu: dokumen, bayaran, nombor siri dan stok.
Hanya satu tindakan terakhir boleh dibatalkan, dan hanya oleh pengguna yang membuatnya. Butang hilang selepas anda keluar, menutup aplikasi atau memuat semula halaman; selepas itu guna Ubah, Padam atau Pulihkan seperti biasa. Pembatalan dicatat dalam log aktiviti. Tukar passcode, pulih backup dan “Kosongkan data” tidak boleh dibatalkan dengan butang ini.
Pengaturan → kad Dokumen dipadam & log aktiviti → Buka. Di atas senarai log ada pilihan pengguna, jenis tindakan, tarikh Dari dan Hingga, serta kotak carian. Klik ⬇ CSV untuk memuat turun catatan yang sepadan dengan tapisan dan buka dengan Excel; klik Set semula untuk melihat semua semula.
Tersalah taip? Kini tidak perlu padam dan rekod semula. Admin boleh membetulkan atau memadam mana-mana dokumen, termasuk dokumen daripada set data.
Dokumen lama yang diubah ditanda diubah. Klik Kembalikan kepada asal pada dokumen itu untuk membatalkan ubahan; rekod asal tidak pernah hilang.
Pelanggannya tidak boleh ditukar, dan jumlahnya tidak boleh kurang daripada yang sudah dibayar; aplikasi akan memberitahu. Caranya: pada halaman dokumen, klik Buang di sebelah bayaran itu, ubah dokumen, kemudian agihkan semula bayaran tersebut.
Buka dokumen → klik Padam. Sebelum apa-apa dipadam, aplikasi menunjukkan bayaran mana yang akan terlepas daripada dokumen itu dan baki pelanggan sebelum dan selepas. Klik Padam dokumen untuk meneruskan, atau Batal.
Pengaturan → kad Dokumen dipadam & log aktiviti → Buka → klik Pulihkan. Dokumen kembali bersama bayarannya.
Dokumen yang dipadam tidak hilang: ia disimpan di situ dan ikut masuk ke dalam backup. Halaman yang sama menyenaraikan setiap ubahan dan padaman (masa, pengguna, butiran); taip di kotak carian untuk mencari, contohnya nombor dokumen atau perkataan “padam”. Staff tidak boleh mengubah atau memadam dokumen.
Pada Pratonton cetakan setiap dokumen, di sebelah butang cetak, kini ada tiga pilihan. Pratonton berubah serta-merta, jadi apa yang anda lihat ialah apa yang dicetak.
Pilih Kertas A5 untuk mencetak pada kertas separuh A4. Isi kertas A5 dalam pencetak dan pilih A5 pada dialog cetak. Saiz yang dipilih diingat pada komputer itu.
Pilih Tanpa terma jika tidak mahu terma dicetak di bawah invois. Admin boleh mengubah teks terma di Pengaturan → Cetakan → taip terma → Simpan terma.
Pilih Label DUPLIKAT untuk salinan simpanan, atau ASAL + DUPLIKAT (2 helaian) untuk mencetak kedua-duanya sekali.
Label ini tidak diingat: setiap kali dokumen dibuka pilihannya kembali kepada “Tanpa label salinan”, supaya salinan pelanggan tidak tercetak DUPLIKAT secara tidak sengaja.
Setiap dokumen dicetak pada halaman baharu, paling lama dahulu. Paling banyak 200 dokumen bagi satu cetakan.
Menu Kenalan atau Umur piutang: tandakan pelanggan → 🖨 Cetak penyata; setiap penyata bermula pada halaman baharu. Menu Laporan: klik satu kategori biaya → 🖨 Cetak butiran untuk senarai setiap rekod biaya dengan jumlahnya.
Menu Laporan kini mengikut tempoh yang anda pilih, dan setiap jadual boleh dibuka dalam Excel.
Klik 12 bulan terakhir, Bulan ini, Tahun ini atau Semua, pilih satu tahun, atau taip tarikh Dari dan Hingga. Semua jadual pada halaman itu berubah bersama. Pilihan usaha di sebelahnya menapis satu usaha sahaja.
Jualan bersih (invois tolak nota kredit) tolak belian bersih (bil pembelian tolak nota debit) tolak biaya. Angka yang sama dipakai di Papan Utama dan pada cetakan.
Angka untung berbeza daripada versi 1.6: dahulu hanya “jualan tolak biaya” yang dikira. Bayaran yang diterima dilapor berasingan dan bukan sebahagian daripada untung rugi.
Jadual Untung rugi ikut bulan: klik satu bulan untuk melihat bulan itu sahaja. Jadual Biaya ikut kategori: klik nama kategori untuk melihat setiap rekod biayanya.
Klik butang ⬇ CSV pada mana-mana jadual. Dokumen itu masuk ke folder Downloads; klik dua kali untuk membukanya dengan Excel. Butang ⬇ Semua transaksi (CSV) memberi setiap transaksi dalam tempoh itu.
Klik 🖨 Cetak / PDF di bahagian atas halaman Laporan untuk helaian A4 berkepala surat.
Nilai stok kini dikira pada kos purata belian. Umur piutang sentiasa menunjukkan keadaan hari ini dan tidak mengikut tempoh.
Angka stok kini sama dengan sistem lama anda (dahulu barang yang pernah dijual dikira dua kali), dan setiap perubahan stok direkod dengan tarikh, sebab dan nama pengguna.
Sewa, perkhidmatan dan biaya dibiarkan sebagai Perkhidmatan atau tiada stok; ia tidak masuk senarai stok rendah.
± Laras stok → Kurang atau Tambah → taip bilangan → pilih sebab → Simpan. Stok tidak boleh dikurangkan melebihi yang ada dalam rekod.
± Laras stok → Kiraan stok → taip bilangan yang dikira. Aplikasi merekod bezanya sendiri dan menunjukkannya sebelum anda menyimpan (contoh: “19 → 9 CTN”).
Menu Item & Stok → Stok rendah → 🖨 Cetak / PDF. Senarai menunjukkan stok, stok minimum dan kekurangannya, dengan lajur Pesan untuk diisi dengan tangan. Papan Utama juga memberitahu bila ada barang berstok rendah.
Klik nama item untuk melihat lejar stok: setiap belian, jualan, pulangan dan pelarasan dengan baki selepas setiap baris. Lejar boleh ditapis mengikut tarikh dan dicetak.
Semasa membuat invois, stok barang ditunjukkan di bawah namanya. Tulisan merah kuantiti melebihi stok ialah amaran sahaja; invois tetap boleh disimpan. Hanya Admin boleh memadam pelarasan.
Setiap pelanggan dan pembekal kini ada penyata akaun yang boleh dicetak, dan bayaran boleh dipadankan dengan invois selepas ia disimpan.
Kad Bagaimana baki ini terbentuk di bawah jadual menunjukkan umur invois yang belum dibayar dan menerangkan mengapa baki boleh berbeza daripada jumlah invois tertunggak (contohnya ada bayaran yang belum diagih).
Menu Laporan → Umur piutang: klik mana-mana tempoh (contohnya Lebih 90 hari) untuk melihat senarai invois dalam tempoh itu, disusun mengikut pelanggan, dengan pautan terus ke penyata masing-masing.
Jangan rekod bayaran baharu untuk wang yang sama: borang bayaran akan mengingatkan jika pelanggan itu sudah ada kredit belum diguna. Setiap bayaran baharu mendapat nombor resit sendiri, bersambung daripada nombor lama.
Baki kredit daripada nota kredit (pulangan barang selepas invois lunas) boleh ditolak daripada invois lain pelanggan yang sama: buka invois itu → Guna kredit RM … → Simpan. Tiada bayaran baharu direkod.
Mengagih tidak mengubah baki pelanggan; ia hanya menentukan invois mana yang sudah lunas. Jika tersalah agih, Admin boleh klik Batal pada baris agihan itu. Agihan ikut tersimpan dalam backup.
Aplikasi ini boleh dipakai dalam Bahasa Melayu atau English, dengan mata wang dan format negara anda.
Pada skrin masuk, tekan English atau Bahasa Melayu. Selepas masuk: menu Pengaturan → Bahasa & wilayah → Bahasa skrin. Skrin bertukar serta-merta; tiada rekod berubah dan tiada apa perlu dimuat semula. Pilihan ini untuk komputer ini sahaja, jadi setiap pengguna (termasuk Staff) boleh memilih bahasanya sendiri.
Menukar mata wang tidak menukar nilai mana-mana angka: 100.00 kekal 100.00, hanya simbolnya berubah. Tetapan ini dipakai oleh semua pengguna dan semua usaha, ikut tersimpan dalam backup, dan boleh dibatalkan dengan Batal.
Pelanggan anda membaca bahasa lain daripada anda? Pada kad yang sama, pilih Bahasa dokumen cetak. Contohnya skrin kekal Bahasa Melayu tetapi invois, penyata dan resit dicetak dalam English. Pilihan Ikut bahasa skrin ialah lalai.
Invois yang dicetak memaparkan jumlah cukai bagi setiap kadar. Dokumen lama mengekalkan nama cukai dan kadarnya sendiri walaupun tetapan ini diubah kemudian. Tidak memakai cukai? Biarkan Tidak dipakai dan lajur itu tidak muncul.
Setiap usaha ada kepala suratnya sendiri pada cetakan: logo, nama usaha, slogan, alamat, telefon, e-mel dan no. pendaftaran. Jika anda mendaftarkan beberapa usaha, setiap satu mempunyai logonya sendiri, dan dokumen dicetak dengan logo usaha yang mengeluarkannya.
Saiz logo (versi 2.15.0). Pada borang yang sama, pilih Saiz logo pada cetakan: Kecil (20 mm), Sederhana (28 mm, lalai) atau Besar (36 mm). Logo melebar dimuatkan mengikut lebarnya supaya tidak kelihatan kecil. Tandakan Cetak logo pada resit terma juga jika mahu logo pada resit pencetak terma. Usaha yang belum ada logo ditanda dalam Pengaturan dan pada pratonton dokumen, dengan pautan untuk menambahnya.
Guna logo asal mengembalikan logo lama. Hanya Admin boleh mengubah profil usaha. Logo baharu ikut tersimpan dalam backup.
Aplikasi ini mempunyai tiga pelan. Setiap pemasangan baharu bermula dengan percubaan penuh 30 hari: semua ciri dibuka, tanpa akaun dan tanpa kad. Selepas itu pelan Percuma dipakai sehingga anda melanggan.
| Pelan | Usaha | 1 bulan | 3 bulan | 6 bulan | 12 bulan |
|---|---|---|---|---|---|
| Percuma | 1 | RM 0, selama-lamanya | |||
| Emas | hingga 5 | RM 32 | RM 91 | RM 172 | RM 319 |
| Platinum | tanpa had | RM 49 | RM 139 | RM 264 | RM 489 |
Senarai penuh ada dalam aplikasi: menu Pelan & Harga → Banding semua ciri.
Dalam aplikasi dari Google Play (versi 2.22.0), ciri pelan Emas dan Platinum dibuka dengan kod pengaktifan. Jika anda sudah mempunyai kod, buka menu Pelan & Harga, tampal kod dalam kotak Kod pengaktifan dan tekan Aktifkan. Hanya Admin boleh melakukannya.
Tiada caj automatik. Langganan tamat pada hujung tempoh kecuali anda memperbaharuinya. Memperbaharui pelan yang sama sebelum tamat, atau dalam 14 hari selepas tamat, menyambung tempoh daripada tarikh tamat semasa. Jika anda memperbaharui terus dari laman (bukan dari menu Pelan & Harga), tampal kod semasa anda dalam kotak Kod semasa pada halaman bayaran. Mahu membayar cara lain? Tulis kepada contact@corallium.my.
Satu langganan, semua peranti. Kod yang sama boleh dimasukkan pada komputer Windows, telefon Android dan pelayar web bagi usaha yang sama. Kod disahkan pada peranti itu sendiri, tanpa internet. Simpan mesej yang mengandungi kod: anda memerlukannya semula selepas memasang semula aplikasi.
Bila langganan tamat. Ada 14 hari ihsan. Selepas itu ciri berbayar dikunci; tiada rekod dipadam, dan ciri itu hidup semula sebaik sahaja anda melanggan lagi. Usaha yang melebihi had pelan kekal tersimpan: rekodnya boleh dibuka, dibetulkan dan dicetak, tetapi dokumen baharu tidak boleh direkod di dalamnya dan usaha baharu tidak boleh ditambah (versi 2.16.1).
Naik taraf dan kod lama (versi 2.16.1). Bila anda mengaktifkan kod baharu, kod lama yang masih sah disimpan pada peranti itu dan dipakai sendiri bila kod baharu tamat. Contoh: Emas berbaki sembilan bulan, kemudian Platinum sebulan; selepas Platinum tamat, Emas berkuat kuasa semula tanpa perlu ditampal lagi.
profil di dalam folder aplikasi. “Clear browsing data” pada pelayar biasa anda tidak
menyentuhnya. Tetapi jika folder itu terpadam atau cakera rosak, data itu hilang bersamanya —
sebab itu backup ke tempat lain tetap perlu.| Folder (dalam folder aplikasi) | Isi | Boleh dipadam? |
|---|---|---|
profil | Data baharu anda + tetapan pelayar khas untuk Corallium Business | JANGAN |
profil-sandaran | Salinan harian automatik data baharu (14 hari terakhir) | JANGAN |
data | Set data: rekod sedia ada yang dipasang bersama aplikasi (pilihan; lihat bahagian 6) | JANGAN |
Salinan harian dibuat sendiri oleh pelancar: kali pertama aplikasi dibuka pada sesuatu hari,
data disalin ke profil-sandaran\TAHUN-BULAN-HARI. Ia berada pada cakera yang sama, jadi ia melindungi
daripada kerosakan data, bukan daripada cakera rosak atau komputer hilang.
Jangan simpan folder aplikasi di dalam OneDrive / Google Drive yang sedang menyegerak
(termasuk Desktop jika Desktop anda disegerak OneDrive). Gunakan contohnya D:\Corallium Business.
corallium-business-backup-TARIKH-JAM.json
(biasanya masuk ke folder Downloads).Peringatan automatik (versi 1.2): jika ada data baharu yang belum pernah di-backup, atau sudah lebih 7 hari sejak backup terakhir dan ada perubahan selepas itu, Papan Utama memaparkan kotak kuning dengan butang ⬇ Muat turun backup sekarang. Kotak itu hilang selepas backup dimuat turun. Tarikh backup terakhir dipaparkan di Pengaturan → Backup & pemulihan.
Jika fail itu rosak, terpotong, telah diubah, atau bukan backup Corallium Business, aplikasi memaparkan “Backup tidak dipulihkan” bersama sebabnya, dan data semasa anda tidak disentuh. Cuba salinan backup yang lain. Backup dari versi 1.0 dan 1.1 masih diterima.
Pengaturan → Kosongkan semua data (nama butang itu Kosongkan data baharu jika set data dipasang) membuang semua data yang anda masukkan (rekod dalam set data, jika ada, tidak terjejas). Tanpa set data, pengguna dan profil usaha turut dipadam dan aplikasi kembali kepada persediaan pertama. Untuk mengelak tersilap klik, butang itu hanya aktif selepas anda menaip PADAM (huruf besar). Tiada “batal” selepas itu — muat turun backup dahulu.
Buat backup setiap kali selesai kerja penting (atau setiap hujung minggu).
| Amaran | Maksud | Apa perlu dibuat |
|---|---|---|
| “Data baharu TIDAK dapat disimpan” | Komputer menolak simpanan (biasanya ruang simpanan pelayar penuh). Kerja anda masih ada selagi aplikasi tidak ditutup. | Jangan tutup aplikasi. Pergi ke Pengaturan → Muat turun backup, kemudian hubungi pembantu. |
| “Data baharu tidak dapat dibaca semasa aplikasi dibuka” | Simpanan data baharu rosak. Rekod dalam set data (jika ada) selamat, dan salinan data rosak itu disimpan, tidak dibuang. | Pulihkan dengan Pulih dari backup (fail .json terakhir) atau salinan harian di bawah.
Admin boleh memuat turun salinan mentah itu untuk pembantu. |
| “Storan hampir penuh” | Lebih 80% ruang digunakan. | Muat turun backup dan hubungi pembantu. |
Pengaturan memaparkan status simpanan dan berapa banyak ruang sudah digunakan.
Semasa dibuka, aplikasi memaparkan “Memulakan aplikasi…” selama sesaat dua. Itu biasa.
| Mesej | Maksud | Apa perlu dibuat |
|---|---|---|
| “Aplikasi tidak lengkap” | Satu bahagian aplikasi tiada dalam folder (mesej itu menamakannya). | Data anda selamat: ia disimpan berasingan dalam folder profil.
Tekan Cuba lagi. Jika masih sama, jalankan Install Corallium Business.bat sekali lagi dari folder asal aplikasi;
ini membaiki aplikasi tanpa menyentuh data. Jika masih sama, jalankan Diagnostik.bat dan beri hasilnya kepada pembantu. |
| “Set data tidak dijumpai” atau “Set data tidak dapat dibaca” | Aplikasi ini pernah dibuka bersama satu set data, tetapi folder data kini tiada atau rosak. Rekod yang anda masukkan sendiri tidak terjejas. | |
| “Aplikasi tidak dapat dimulakan” | Satu bahagian aplikasi berhenti dengan ralat (mesej itu menamakannya). | |
| “Halaman ini tidak dapat dipaparkan” | Satu halaman sahaja yang bermasalah. Data anda tidak berubah. | Tekan Muat semula. Halaman lain masih boleh dibuka seperti biasa. |
Senarai yang kosong kini memberitahu sebabnya, contohnya “Belum ada invois jualan untuk Kedai Maju. Usaha lain mempunyai 1,148 invois jualan.” Tekan butang di bawahnya (Semua usaha, Kosongkan carian) untuk melihat yang lain. Ini bukan data hilang: usaha itu memang belum ada dokumen jenis tersebut, atau carian anda tiada padanan.
Perkataan pada butang diseragamkan: “Hapus” kini Padam, “Invoice” kini Invois, “Baru” kini Baharu. Fungsinya sama.
profil-sandaran dan pilih tarikh yang dikehendaki; di dalamnya ada folder leveldb.profil\Default\Local Storage dan namakan semula folder leveldb kepada leveldb-lama.leveldb dari langkah 2 ke situ, kemudian buka aplikasi semula.Data itu masih berada dalam pelayar lama dan perlu dibawa masuk sekali sahaja:
klik kanan index.html → Open with → pelayar yang anda guna dahulu →
Pengaturan → Muat turun backup. Kemudian buka melalui ikon Corallium Business →
Pengaturan → Pulih dari backup → pilih fail tadi.
profil.
Jika dipasang dengan Install, folder itu ialah Start Menu → Corallium Business → Folder Corallium Business (aplikasi dan data).Buka Corallium Business.bat (atau Install Corallium Business.bat untuk ikon Desktop).Data baharu terus ada — tidak perlu “Pulih dari backup”. Komputer baharu perlu ada Chrome atau Edge (hampir semua Windows ada Edge). Tiada internet diperlukan dan tiada apa-apa perlu dipasang.
Jika Chrome/Edge pada komputer baharu jauh lebih lama daripada komputer asal dan data
tidak muncul, gunakan cara backup: Pulih dari backup dengan fail .json dari langkah 1.
Selepas pindah, buat backup pertama di komputer baharu sebagai tabiat.
Corallium Business bermula kosong. Jika anda mempunyai rekod sedia ada yang telah disediakan sebagai
set data (folder yang mengandungi seed.js, seed-meta.js dan images), ia boleh dipasang
supaya rekod itu dipaparkan bersama rekod baharu anda.
data=, contohnya
Install Corallium Business.bat "data=D:\Set Data Saya".Pemasang menyalin set data ke sub-folder data dalam folder aplikasi dan tidak pernah menimpanya
dengan set yang lain. Rekod dalam set data tidak berubah; ubahan anda ke atasnya disimpan dalam folder profil.
Jangan padam folder data: jika ia hilang, aplikasi memberitahu “Set data tidak dijumpai” dan menunggu
folder itu dikembalikan.
Versi 2.2 menyimpan rekod dalam susunan data baharu. Inilah yang berlaku semasa naik taraf:
data= yang menunjuk ke folder set data baharu itu. Set data lama tidak dipadam: ia dialih ke folder
data-terdahulu-… dalam folder aplikasi..json versi 2.1 masih boleh dipulihkan. Jika backup itu mengandungi rekod dan anda memakai
set data, pasang set data yang sudah dinaik taraf dahulu.Jika aplikasi berhenti semasa dibuka dengan mesej “Set data perlu dinaik taraf” atau “Data versi terdahulu belum dapat dibuka”, tiada rekod yang hilang dan tiada apa yang ditulis. Pasang set data yang sudah dinaik taraf seperti di atas, kemudian tekan Cuba lagi.
Kedua-duanya boleh — sudah diuji. Klik Buka Corallium Business.bat (pilih automatik) atau
Buka dengan Edge.bat (paksa Edge). Firefox juga patut berfungsi, tetapi cetakan/PDF
mungkin berbeza sedikit kerana ia menggunakan enjin lain.
Staff: minta Admin menetapkan passcode baharu di Pengaturan → Pengguna & passcode. Admin: tiada cara memulihkannya dari dalam aplikasi, jadi simpan passcode Admin di tempat selamat.
Langganan tidak mencipta pengguna, dan setiap komputer, telefon atau pelayar menyimpan penggunanya sendiri. Masuk dengan pengguna yang ada dalam senarai; Admin boleh menukar namanya di Pengaturan → Pengguna & passcode → Urus. Kod pengaktifan terikat pada nama usaha, bukan nama pengguna, jadi pelan anda tidak terjejas.
Data disimpan di tempat anda mula memakai aplikasi, jadi pelayar lain (contohnya Chrome berbanding pelayar lain pada komputer yang sama) bermula kosong walaupun alamatnya sama. Jangan isi borang pendaftaran. Tekan tab Pengguna sedia ada dan log masuk dengan ID log masuk dan kata kunci awan ruang kerja anda (versi 2.18.0). Pengguna, passcode dan langganan anda ikut bersama. Belum ada ID log masuk? Di tempat lama, masuk sebagai Admin, buka Pengaturan → Awan dan komputer lain, cipta ruang kerja awan (jika belum) dan tetapkan ID. Cara lain kekal: pulihkan backup atau sambung dengan kod awan.
Kerana 30 minit tiada sentuhan. Masukkan passcode dengan nama yang sama dan kerja anda disambung seperti tadi.
Internet tidak diperlukan untuk bekerja: aplikasi ini berdiri sendiri, tanpa akaun. Pelan Percuma kekal percuma; pelan Emas dan Platinum dilanggan secara prabayar tanpa caj automatik (lihat Pelan & Harga di atas). Internet dipakai untuk tiga perkara sahaja: semakan versi baharu sekali sehari (versi 2.14.0, boleh dimatikan; tiada rekod dihantar), sambungan pilihan antara beberapa komputer (versi 2.6), dan halaman bayaran bila anda melanggan.
Sejak versi 2.15.0, senarai berlajur banyak disusun sebagai kad pada skrin sempit: setiap baris menjadi satu kad dengan nama lajur di sebelah nilainya, jadi jumlah, sisa dan status tidak lagi tersorok di luar skrin. Pada komputer paparannya tidak berubah.
Boleh. Buka versi pelayar di www.corallium.my/business/app dalam pelayar telefon, atau pasang aplikasi Android. Pada iPhone dan iPad, tambah ke Skrin Utama dari Safari (lihat bahagian iPhone dan iPad dalam panduan ini). Rekod di telefon berasingan daripada komputer kecuali kedua-duanya disambung ke ruang kerja awan yang sama (pelan Emas atau Platinum).
Kerana tiada jualan direkod pada bulan ini. Aplikasi memaparkan bulan terakhir yang ada data dan melabelnya “(terakhir)” supaya tidak nampak seperti kosong. Sebaik anda buat invois baharu bulan ini, ia akan bertukar automatik.
Sejak versi 2.18.5 papan utama memaparkan jualan bersih, iaitu invois tolak nota kredit, sama seperti Laporan. Bila ada nota kredit, kad itu menulis "selepas nota kredit" dengan jumlahnya.
Bila dialog ada isian yang belum disimpan, ketikan di luar kotaknya tidak menutupnya, supaya isian tidak hilang. Tekan ✕ atau Batal. Butang Kembali pada telefon menutup dialog dan kembali ke halaman sebelumnya.
Tukar logo di Pengaturan → Profil usaha → Ubah → Tukar logo…. Guna gambar yang tajam, sekurang-kurangnya 600 piksel lebar. Logo dicetak setinggi 28 mm, saiz biasa kepala surat.
Sejak versi 1.4, cetakan memaparkan baki semasa. Jika pelanggan sudah membayar selepas invois dibuat, atau ada nota kredit, jumlah itu ditunjukkan pada baris “Bayaran / kredit kemudian” dan ditolak daripada baki.
Stok dikira daripada stok awal, belian, jualan, pulangan dan pelarasan. Jika jualan direkod sebelum belian atau stok awal dimasukkan, hasilnya boleh negatif. Betulkan dengan mengira barang di rak, kemudian Item & Stok → klik nama item → ± Laras stok → Kiraan stok.